Sunday, December 12, 2010

Rakam Gambar Tapi Tak Jadi

AKU pernah melalui pengalaman merakam gambar tapi tak jadi malah seluruh filem itu gelap sebelah. Pegalaman ini terjadi ketika aku bertugas sebagai Wakil Bacaria di Pulau Pinang dulu. Ketika itu ada dua orang kanak-kanak jatuh dan hilang di sungai dekat Tasek Gelugor. Setelah mendapat berita aku, aku terus ke tempat kejadian.

Apabila sampai di sana aku lihat begitu ramai orang yang berada di tepi sungai. Aku juga turut berada di situ dan berjalan di sepanjang sungai itu dan melihat proses pencarian. Akhirnya aku sampai ke rumah keluarga kanak-kanak yang hilang itu. Lalu aku menemuramah bapanya dan mengambil gambar bapa dan ibu kanak-kanak itu.

Kemudian aku berjalan kembali menyusuri sungai melihat dan sambil mengambil gambar proses pencarian kanak-kanak itu. Sampai di satu tempat aku melihat seorang bomoh siam berada di dalam sungai juga melakukan pencarian. Dia kelihatan melupa (tak sedarkan diri) lalu aku mengambil gambar.
Aku terus menunggu sampai petang dengan harapan kanak-kanak itu akan dijumpai. Tapi malangnya apabila telah hampir senja namun mayat kedua kanak-kanak masih tidak ditemui lalu aku mengambil keputusan untuk balik dahulu. Walaupun kanak-kanak itu masih belum dijumpai aku balik dan tetap akan mengarap cerita itu.

 Dalam penjalanan balik aku disingah di kedai gambar untuk ' cuci' (develop) gambar.Tauke kedai gambar terkejut dan menunjukkan aku gambar-gambar yang aku ambil. Aku juga hairan! Malah lebih malang lagi seharian aku di sana hanya sia-sia kerja tidak menjadi. Ini kerana akhbar macam bacaria memerlukan gambar untuk disiarkan. Pada keesokan harinya aku ke rumah Kak Soyah seorang pengamal perubatan tradisonal (lawati http://bomoh20.blogspot.com). Memang Kak Soyah tempat aku merujuk jika aku menghadapi atau menemui sesuatu yang pelik dan misteri.

Menurut Kak Soyah, bukankah kejadian iblis dan syaitan itu daripada api yang berupa cahaya maka apabila kita mengambil gambar 'flash' kamera yng melontarkan cahaya maka cahaya itu akan membalikkan ke kemera kita maka mungkin kerana itu gambar itu tak menjadi dan terbakar sebelah. Bukankah apabila sesaorang yang 'melupa' itu ada unsur-unsur lain yang memasuki tubuhnya.
Katanya lagi, kalau kita hendak ambil gambar orang yang "melupa" sebaiknya kita meminta izin dan kita sendiri yang menjawabnya dan kemudain baru kita ambil.

Sejak itu kejadian pelik ini hanya aku disimpan dan menjadi rahsia hati aku. Tapi baru-baru ini dalam perjalan ke taiping dengan anak saudara aku, Muhamad Anwar Abu Hahan iaitu anak sulung abang kedua aku yang telah lama pulang ke rahmatulah dan beliau telah menceritakan pengalaman anehnya merakam gambar di puncak bukit yang di percayai kawasan orang bunian bermain tapi satu pun tak jadi.

Anak saudaraku ini bertugas di Pejabat Tanah Bukit Mertajam dan beliau menyertai pasukan sukarelawan TLDM. Menurutnya, setahun sekali dalam program survival anggota sukarelawan TLDM juga perlu meredah hutan dan bukit-bukau.

Katanya, dipuncak bukit itu pandangan cukup menarik dan kawasan bawah pokoknya begitu bersih dan di sautu tempat terdapat hamparan rumput carpet yang menarik hati. Beliau dan kawan-kawannya begitu terpukau melihat prasarana di puncak bukit itu dan masing-masing sibuk merakam gambar. tapi tidak sekeping pun gambar yang dirakam di kawasan itu menjadi.

Menurutnya lagi, beliau telah bertanya orang asli yang dijumpai di kawasan itu serta orang kampung di kaki bukit dan merekalah yang memberitahu kawasan itu kawasan orang bunian. Maka hari ini setelah anak saudara aku juga mengalami pengalaman yang sama maka aku bertambah yakin pengalaman yang aku alami itu bukan satu kesilapan teknik.

No comments:

Post a Comment