Showing posts with label CACATAN. Show all posts
Showing posts with label CACATAN. Show all posts

Wednesday, April 15, 2009

CERITA PENGALAMAN

ALAMI SENDIRI PERISTIWA MISTERI KETIKA BURU BERITA
AKU mula belajar menulis pada peertengah tahun 1986 melaui Kursus Penulisan Kreatif Hujung Minggu anjuran Pejabat belia dan Sukan Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang. Kursus ini dibawah bimbingan Drs. Darwis Harahap seorang tutor bahasa di USM.

Kursus penulisan ini menjurus peserta untuk menulis kreatif khususnya cerpen dan pada minggu pertama selepas mengikuti kursus itu aku merasakan boleh menulis cerpen. Lalu aku menyiapkan cerpen pertama dan menghantar ke Mingguan Pos Kota yang baru saja diterbitkan.

Dua tiga minggu kemudian cerpen pertama aku bertajuk “Mencari Cinta” telah tersiar dan aku merasa cukup gembira lalu memberitahu dan menunjukkan keratan cerpen itu kepada Drs. Darwis Harahap. Dia begitu gembira dan memberitahu yang aku memang ada bakat dan cerpen itu juga agak menarik.

Pada waktu itu aku sedar cerpen itu masih tidak kuat dan masih belum begitu baik tapi aku tak tahu apa yang kurang. Namun aku tidak tahu bagaimana hendak mengajukan soalan ini kepada Drs. Darwis Harahap. Aku mendapat tahu seorang kawan mengenali Aziz Hj. Abdullah dan beliau tinggal di Taman Bersatu, Kulim tidak jauh dari tempat tinggal aku di Machang Bubok.

Lalu aku menyiapkan sebuah cerpen yang berjudul “Nenek Utih” dan mengajak kawan aku menemui Azizi di rumahnya. Sebaik saja aku sampai ke rumah Azizi aku terlihat tulisan di pintu rumahnya tertera “Rumah Tukya” lalu aku memanggilnya Tukya hingga hari ini.

Aku memberitahunya yang aku baru saja mengikuti kursus penulisan dibawah bimbingan Drs. Darwis dan cerpen pertama aku telah tersiar dalam akhbar tersebut. Aku memberitahu Azizi yang Drs. Darwis mengatakan aku sudah baik tapi aku tahu masih banyak yang kurang tapi aku tak tahu mengenainya. Aku menyerahkan cerpen “Nenek Utih” untuk beliau tengok dan memberitahu aku akan kelemahan dan kekurangan dalam hasil karya kreatif itu.

Seminggu kemudian aku ke rumah Tukya atau Azizi dan aku dapati cerpen aku itu telah diconteng di sana sini dan pelbagai komen yang diberikan. Aku balik dan melihatnya dan aku tahu segala kekurangan dan kelemahan itu. Lalu aku berjumpa Drs. Darwis dan menceritakan kepada beliau. Akhirnya beliau memberitahu aku, sebagai orang baru memang cerpen itu sudah cukup bagus. Barulah aku faham maksud baik yang Drs. Darwis katakana kepadaku.

Sejak itu aku giat menulis cerpen ada saja yang tersiar dalam pelbagai media ketika itu. Disamping menulis cerpen aku juga mula berjinak-jinak menulis berita dan rencana. Aku menulis komen dalam “Mingguan Watan” dan berita dalam “Mingguan Politik” Pada awal tahun 1990an aku dilantik oleh Bacaria sebagai wakil akhbar itu di Pulau Pinang.

Aku begitu aktif menulis untuk bacaria dan satu hari aku bertemu dengan seorang kawan Abdul Rahman Kadir yang kami panggil dia Man Che Long (telah meninggal dunia) dan dia membeitahu aku kawannya telah berkahwin dengan orang bunian. Dia ada isteri daripada manusia biasa dan di rumahnya terdapat sebuah bilik yang dihiasi dengan serba kuning.

Aku begitu berminat untuk mendapatkan cerita itu kerana Akhbar bacaria memang sukakan cerita macam tu. Lalu kami mengatur untuk pergi tapi masalahnya kami gagal mendapatkan masa yang sesuai. Bila aku lapang dia pula tak lapang dan bila dia senang aku pula ada temujanji yang lalu. Akhirnya aku meminta dia memberitahu aku arah dan nama orang itu.

Setelah mendapat nama dan tempat tinggal orang itu lalu aku mengatur langkah untuk pergi memandangkan aku tidak begitu mahir di kawasan itu, aku terpaksa bertanya di sana dan sini. Akhirnya aku sampai di sebuah kedai kopi lalu aku bertanya tauke kedai itu arah ke rumah “Mat Radio”. Sebelum dia memberitahu aku dia lihat aku atas dan bawah, aku rasa cukup pelik tapi aku tak mahu membuang masa untuk bertanyanya mengenai itu. Dia memberitahu aku arah tujunya.

Aku angkat kaki dan pergi. Oleh kerana aku kurang mahir dengan kawasan itu maka aku terpaksa bertanya orang lagi. Kali ini aku bertanya seorang perempuan. Sebelum dia menjawab, perempuan itu bertanyakan tujuan aku. Aku hanya katakana ada hal. Dia beritahu aku yang “Mat Radio” tak ada di rumah dan dia sedang berada di Gunung Jerai.

Aku berkata tak apa boleh jumpa isterinya pun cukuplah. Perempuan itu menunjukkan arah dan memang di hati kecilku berkata aku boleh membuat berita awal dengan menumuramah isterinya dan kalau boleh ambil gambar yang berkiatan. Memang bagi seorang pemberita yang baik dia tetap akan menulis walaupun berita yang diburunya tidak dapat.

Apabila sampai aku meletak motorsikal ditepi jalan lebih kurang 20 meter dari rumahnya. Aku lihat pintu rumahnya ternganga, aku memberi salam tidak ada jawapan. Aku memberi salam lagi sambil meninjau-ninjau ke dalam rumah. Isteri Mat Radio menjawab salam sambil melangkah dari arah dapur. Sebaik saja aku lihat isterinya, aku rasa darah macam tersirat dari hujung kaki naik terus ke atas. Aku rasa pelik dan tak kuat lalu mula berzikir.

Isteri Mat Radio bertanya tujuan aku dan aku memberitahunya yang aku mencari suaminya. Dia memberitahu yang suaminya tak ada. Lalu aku tak cakap banyak dan terus beredar dari situ. Walaupun hanya lebih kurang 20 meter saja untuk mendapatkan motorsikal yang aku letak di tepi jalan namun aku rasakan begitu sukar. Aku rasa macam berjalan di atas awang-awangan. Aku bertambah kuat berzikir dan akhirnya aku sampai juga tempat aku meletakan motorsikal.

Aku merasa cukup pelik dengan peristiwa itu. Untuk terus balik aku rasa takut kerana pada waktu itu aku ada anak kecil. Bagi menghilangkan perasaan itu aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah seorang guru agama yang alim bergelar ADUN, Ustaz Yusof Latif yang memang aku kenal.

Ustaz Yusof Latif merasa hairan dan berkali-kali bertanya tujuan aku kerana memang aku jrang sekali pergi ke rumahnya. Bagi aku, kalau apa yang aku alami itu adalah angkara iblis dan syaitan maka apabila aku bertemu dengan orang alim maka iblis syaitan itu akan lari. Walaupun Ustaz Yusog seorang ADUN tapi dia memang seorang guru agama yang terkenal dengan kealimannya.

Aku berbual panjang dengannya sehinggalah aku merasa dadaku lapang dan kembali tenang lalu aku meminta diri untuk pulang. Selepas balik dan berehat sebentar di rumah aku terus ke rumah Kak Soyah seorang bomoh yang memang aku kenal baik dengannya (cerita mengenai kak soyah boleh dilihat di http://bomoh20.blogspot.com/).

Aku menceritakan peristiwa yang aku alami dan meminta dia tolong tengok. Menurut Kak Soyah nasib baik aku kuat dan jika aku ditakdirkan jatuh di situ dia tak tahu apa yang akan terjadi dekat aku. Aku bertanya terus tapi Kak Soyah tak mahu memberitahu aku dan katanya syukurlajh kau selamat. Lalu dia bertanya apa yang aku amalkan. Aku memberitahunya tak ada apa sebaik saja darahku rasa tersirap naik dengan sepontan aku mula dan berzikir “La ilah hai nallah” tak henti-henti.

Cerita Mat Radio yang berkahwin dengan orang bunian aku lupakan begitu saja hingga ke hari ini aku sudah tidak pergi dan aku sendiri tak tahu betul atau tidak dakwaan kawan aku itu. Aku juga tak tahu punca mengapa aku jadi macam tu. Sehingga hari ini peristiwa itu hanya tinggal menjadi pengalaman yang cukup misteri dalam usahaku memburu berita untuk Bacaria.

Monday, August 11, 2008

NOTA BLOGGER

SELAMAT BERTEMU

Assalamualaikum wmth.mbkt. dan salam sejahtera para netter sekelian. Blog MISETRI CYBERSPACE yang para netter sedang tatap adalah blog saya yang ke-10. Insya Allah dari masa ke semasa mungkin blog baru akan muncul lagi.

Idea ini timbul setelah artikel pertama saya mengenai cerita 'human interest' berunsur misteri telah saya siarkan dalam blog NURZAMAN ONLINE. Cerita ini mendapat perhatian daripada penerbit Misteri Nusantara terbitan TV3. Pihak TV3 telah menghubungi saya dan meminta saya mengatur satu pengambaran untuk program tersebut.


Alhamdulillah pada 4hb. Ogos yang lepas saya bersama-sama mereka yang terlibat dalam pengambaran ini telah memulakan perjalanan ke Bukit Seraya tempat di mana pengambaran itu akan dibuat. Walaupun kami menghadapi pelbagai halangan untuk naik ke tempat itu, syukur alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan, kami berjaya sampai dan membuat pengambaran.


Setelah pengambaran selesai, kawan saya yang diminta membawa kami telah berpecah. Beliau meminta kami menggunakan jalan yang sama ketika kami ke air terjun Tok Janggut. Sementara beliau mengambil jalan lain dan kami akan bertemu di kaki Bukit Seraya. Walaupun kami cuba mengikut jalan yang kami dating untuk balik tetapi kami tersasar hamper tiga puluh minit kami tersesat di situ. Alhamdulillah tiada siapa yang panik membuatkan rombongan kami tenang mencari jalan balik.

Walaupun saya anak tempatan kawasan itu dan memang pernah naik ke Bukit Seraya tetapi semasa program pengambaran ini kami mendapat bahan-bahan peninggalan sejarah yang perlu di gali oleh ahli sejarah. Di atas bukit itu terdapat kesan-kesan tapak bangunan yang di percayai rumah.

Jesteru itu persatuan-persatuan sejarah di negara ini dijemput untuk mengadakan kajian mengenai kesan peninggalan sejarah yang dipercayai lebih 100 tahun itu. Disamping empangan yang di bina kukuh bersangkut paut dengan industri keretapi negara terdapat struktur bangunan di kawasan atas kolam itu.

Jadi cerita pertama yang akan di ketengahkan dalam blog MISTERI CYBERSPACE ini adalah Ekspedisi Krew Misteri Nusantara menjelajah Bukit Seraya untuk pengambaran program Misteri Nusantara yang jangka di siarkan selepas Hari Raya Puasa yang akan datang. Cerita seterusnya mengenai Misteri di Bukit Seraya. Selepas ini para netter akan dapat menikmati pelbagai lagi cerita misteri yang akan diketengahkan dari masa ke semasa. Insya Allah.
Selamat layari Blog MISTERI CYBERSPACE dan sekira ada kelapangan lawatilah blog-blog lain yang saya bina, lihat My Blog Link.