Monday, August 11, 2008

NOTA BLOGGER

SELAMAT BERTEMU

Assalamualaikum wmth.mbkt. dan salam sejahtera para netter sekelian. Blog MISETRI CYBERSPACE yang para netter sedang tatap adalah blog saya yang ke-10. Insya Allah dari masa ke semasa mungkin blog baru akan muncul lagi.

Idea ini timbul setelah artikel pertama saya mengenai cerita 'human interest' berunsur misteri telah saya siarkan dalam blog NURZAMAN ONLINE. Cerita ini mendapat perhatian daripada penerbit Misteri Nusantara terbitan TV3. Pihak TV3 telah menghubungi saya dan meminta saya mengatur satu pengambaran untuk program tersebut.


Alhamdulillah pada 4hb. Ogos yang lepas saya bersama-sama mereka yang terlibat dalam pengambaran ini telah memulakan perjalanan ke Bukit Seraya tempat di mana pengambaran itu akan dibuat. Walaupun kami menghadapi pelbagai halangan untuk naik ke tempat itu, syukur alhamdulillah berkat kesabaran dan kesungguhan, kami berjaya sampai dan membuat pengambaran.


Setelah pengambaran selesai, kawan saya yang diminta membawa kami telah berpecah. Beliau meminta kami menggunakan jalan yang sama ketika kami ke air terjun Tok Janggut. Sementara beliau mengambil jalan lain dan kami akan bertemu di kaki Bukit Seraya. Walaupun kami cuba mengikut jalan yang kami dating untuk balik tetapi kami tersasar hamper tiga puluh minit kami tersesat di situ. Alhamdulillah tiada siapa yang panik membuatkan rombongan kami tenang mencari jalan balik.

Walaupun saya anak tempatan kawasan itu dan memang pernah naik ke Bukit Seraya tetapi semasa program pengambaran ini kami mendapat bahan-bahan peninggalan sejarah yang perlu di gali oleh ahli sejarah. Di atas bukit itu terdapat kesan-kesan tapak bangunan yang di percayai rumah.

Jesteru itu persatuan-persatuan sejarah di negara ini dijemput untuk mengadakan kajian mengenai kesan peninggalan sejarah yang dipercayai lebih 100 tahun itu. Disamping empangan yang di bina kukuh bersangkut paut dengan industri keretapi negara terdapat struktur bangunan di kawasan atas kolam itu.

Jadi cerita pertama yang akan di ketengahkan dalam blog MISTERI CYBERSPACE ini adalah Ekspedisi Krew Misteri Nusantara menjelajah Bukit Seraya untuk pengambaran program Misteri Nusantara yang jangka di siarkan selepas Hari Raya Puasa yang akan datang. Cerita seterusnya mengenai Misteri di Bukit Seraya. Selepas ini para netter akan dapat menikmati pelbagai lagi cerita misteri yang akan diketengahkan dari masa ke semasa. Insya Allah.
Selamat layari Blog MISTERI CYBERSPACE dan sekira ada kelapangan lawatilah blog-blog lain yang saya bina, lihat My Blog Link.

No comments:

Post a Comment