Monday, August 11, 2008

MISTERI NUSANTARA

EKSPEDISI KREW MISTERI NUSANTARA KE BUKIT SERAYA
Setelah menerima panggilan daripada pihak TV3 saya telah mengatur siapa yang perlu mengikuti rombongan ini dan menceritakan apa yang hendak di ketahui oleh pihak Krew Misteri Nusantara.

Saya telah bertemu dengan Dahaman yang menjadi ‘keyman’ dalam cerita ‘Human Interest’ di blog NURZAMAN ONLINE merupakan kawan sekerja Saleh Lazim yang dikatakan oleh orang kampong tertempat kera putih di atas Bukit tersebut dan gila sampai hari ini.

Saya cuba menhgubungi Sabarudin Md. Hashim yang pada tahun 1981 lebih kurang, beliau dan Adnan Abdullah telah naik ke bukit tersebut untuk memancing. Pancing Adnan telah tersangkut lalu beliau turut dan kemudiannya tidak timbul-timbul membuatkan Sabarudin balik dan memberitahu keluarga mangsa. Selepas itu orang kampung memulakan gerakan mencari.

Tapi malangnya Sabarudin sibuk dan tidak dapat hadir. Lalu saya menghubungi keluarga mangsa tapi mereka juga tidak memberikan kerjasama yang diharapkan. Mungkin mereka tidak mahu memutar semula trajedi yang telah meragutnya ahli keluarga mereka. Akhirnya saya meminta Hashim mengantikan tempat Sabarudin dan keluarga mangsa.

Saya juga meminta seorang lagi penduduk kampung yang di kenali sebagai Ayob untuk turut serta kerana beliau pernah berjumpa benda-benda pelik di atas bukit tersebut. Beliau pernah berjumpa


Setelah semuanya berjalan lancer krew Misteri Nusantara telah menghubungi saya dan memberitahu yang mereka akan dating pada hari ahad 3hb. Ogos untuk melihat tempat dan kemudiannya akan ke Balik Pulau membuat pergambaran dan berpatah balik untuk buat pergambaran di Bukit Seraya.

Saya dan kawan-kawan yang dijadualkan akan naik ke atas Bukit Seraya tapi krew misteri nusantara telah menghubungi saya dan memberitahu yang mereka datang lambat sikit kerana ada urusan lain.

Pada sebelah petang hampir magrib mereka menghubungi saya dan memberitahu yang mereka akan datang ke rumah saya selepas maghrib. Saya memberitahu mereka yang saya akan tempat mereka kerana kebetulan saya mempunyai program lain malam itu. Tapi mereka tetap ingin datang ke rumah saya kerana akan membuat sedikit pengambaran.

Saya terkejut! Pengambaran apa pula sedangkan saya hanya bertindak untuk mengatur dan menulis sedikit infro mengenai Bukit Seraya dan mengenai perkara-perkara lain telah saya sediakan jurucakap.

Saya memberitahu isteri lalu beliau menyiapkan tempat di tengah rumah. Masa yang dinanti pun tiba dan krew misteri nusantara tetapi ditengah rumah lampu agak malap membuatkan mereka mengambil di kawasan lain dalam rumah. Selepas siap dan menetapkan masa di keesokan harinya maka mereka pun berangkat. Saya terpaksa bertemu dengan kawan-kawan untuk mengatur perancangan esok.

Dikeesokannya mereka tiba jam 10.30 pagi dan kami terpaksa menunggu seorang teman yang akan memandu kami ke atas Bukit Seraya. Kami minum di kedai Mee Pak Omar di depan Sekolah krew TV3 menikmati mee udang. Kami bertolak jam 11.00 pagi.

Memandangkan Bukit Seraya itu sudah lama tidak menerima pengunjung maka laluan naik ke atas begitu sulit dan sukar. Kami terpaksa meredas hutan dan belukar. Kami terpaksa mendaki cerun yang agak curam. Lebih kurang setengah perjalanan seorang pelatih UITM, Zuraiti telah semput dan kami terpaksa berhenti dan berehat sementara seorang lagi pelatih Sopia merawat kawannya.

Akhirnya kami sampai ke tempat yang di tuju dan kami menjumpai bangunan lama yang di percayai bangunan pejabat petugas di Bukit Seraya dulu. Bangunan itu di bina pada tahun 1926. Di situ kami memulakan pengambaran. Shahnun telah menebual Dahaman dan Zuraiti serta Sopia berlakun dalam bangunan lama itu.

Dari situ kami dapat melihat empangan yang mempunyai ketinggian lebih kurang 16 meter. Saya, Hashim dan jurukamera Roslan menaiki empangan itu di sebelah kiri dan lain-lain rombongan mendaki di sebelah kiri. Tiba di atas saya lihat anggota rombongan yang lain berada ditengah empangan itu sementara Shahnun berada di hujung empangan.

Saya jenis manusia yang gayat mungkin kerana saya tergolongan manusia yang mempunyai tekanan darah rendah. Laluan sebesar 1.5 meter itu terpaksa saya berjalan dengan susah payah. Apabila sampai di tengah saya berhenti sebentar dan pergi untuk mendapatkan Shahnun di hujung empangan.

Setelah sampai rakan-rakan saya bersama krew TV3 yang lain berada ditengah-tengah empangan hanya saya dan Shahnun berada di hujung empangan. Rupa-rupanya Shahnun juga jenis manusia yang gayat. Menurut Shahnun, beliau tidak takut perkara lain seperti bermalam di situ atau lain-lain kecuali gayat. Akibat perasaan itu saya juga gagal merakam sebarang gambar di kawasan itu.

Selepas selesai pengambaran di kawasan empangan kami sekali lagi terpaksa meredah hutan. Semasa dalam perjalanan itu kami bertemu keindahan alam flora dan fauna. Kami berjumpa sejenis pokok di mana bunganya bewarna merah lalu jurukamera TV3 terus mengambil gambar. Kami juga bertemu sejenis pokok yang menjalar di mana daunnya melekat di batang pokok besar seperti ‘wallpaper’.
Akhirnya kami sampai ke kawasan air terjun Tok Janggut. Kami berehat dan menikmati bekalan sebelum memulakan pergambaran. Tiba-tiba hati kecil saya menyuruh saya mengambil sebotol air di air terjun itu. Lalu saya mengambil bekas air mineral kecil yang kosong. Airnya cukup sejuk .

Semasa pengambaran dibuat kawan saya yang menjadi pemandu arah memberitahu kami yang dia akan melalui jalan lain dan meminta kami melalui jalan yang sama di mana pokok-pokok kecil telah dicantas untuk membuka laluan.


Lalu pergambaran di kawasan itu bermula Shahnun pula menyuruh pelatih UITM mengambil air tiga botol kecil. Selepas pengambaran di buat dan kami apabila hendak berangkat balik Shahnun memberitahu saya hanya ini khazanah Bukit Seraya yang dia bawa balik.

Kami mula bergerak untuk turun ditengah perjalanan tanpa sedar kami telah tersasar di jalan yang sebenar. Pelik! Kami nampak bekas cantas pokok sama saja. Lebih kurang 20 minit perjalanan dan akhirnya nasib kami baik kerana jalan yang tersasar itu sudah tertutup.

Ketika itu semua mula panic terutama sekali pelatih UITM kerana ini merupakan projek pertama mereka dan projek ini meredah hutan naik atas bukit. Kami kami penduduk tempatan kecuali Hadi yang baru pertama kali naik, panic tidak begitu terasa kerana kami sebelum ini pun pernah tersesat. Lazimnya kami tetap boleh turun cuma masanya mungkin lambat sikit. Dan bagi Shahnun dan Roslan pula di rasakan sama kerana kerja-kerja begini sudah lama mereka buat.

Kami terpaksa berpatah balik dan mengamati betul-betul kawasan yang telah kami lalui. Akhirnya kami berjaya mengesan dan menjumpai laluan yang kami lalu semasa mendaki tadi. Lebih kurang jam 4.30 petang kami sampai ke kaki Bukit Seraya dan bergambar beramai di situ. Kami singah di kedai Nasi Tomato Machang Bubok untuk menjamu selera sebelum kami berpisah dengan Krew Misteri Nusantara TV3 yang akan bertolak ke Balik Pulau untuk membuat pergambaran lain.

Walaupun letih dan penat meredah hutan belantara dan mendaki bukit namun saya merasa puas kerana tidak lama lagi masyarakat negara ini akan tahu terdapat kesan peninggalan sejarah yang tidak pernah didedahkan untuk pengetahuan umum akan dipancarkan di kaca TV3 bulan Oktober selepas Hari Raya Puasa nanti.

No comments:

Post a Comment